30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pesta Kaamatan landasanperpaduan antara kaum: Joachim

RASMI…Datuk Dr.Joachim (kanan) bersama-sama kenamaan lain menuai padi sebagai gimik perasmian Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau.

RANAU: Timbalan Ketua Menteri II, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.36 Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam mengajak rakyat negeri ini agar menjadikan Perayaan Pesta Kaamatan sebagai landasan kukuh memupuk budaya persaudaraan dan perpaduan antara kaum tanpa dihalangi  budaya, agama dan idologi politik.

Menurutnya, menerusi Perayaan seperti Pesta Kaamatan (pesta Menuai) perlu dijadikan sebagai asas bagi mewujudkan keharmonian masyarakat madani.

“Justeru kita sama-sama merayakan Pesta Menuai ini, bukan sahaja dikalangan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) malah merangkumi seluruh rakyat Malaysia seperti juga perayaan lain seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Deepavali dan sebagainya dengan satu matlamat  membentuk satu rakyat Malaysia madani”, tegas Datuk Dr.Joachim ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah, di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.

Beliau menyeru rakyat Ranau, yang 95 peratus daripada penduduknya adalah kaum Dusun dan merayakan Pesta Kaamatan agar terus bersatu padu dan maju dalam mengusahakan tanah  Pertanian, Penternakan dan Perladangan mereka terutama tanaman padi sama ada padi sawah atau padi bukit sebagai  sumber utama pendapatan  selain hasil daripada kebun durian (buah-buahan) kelapa sawit, koko dan ladang getah untuk menyara kehidupan keluarga.

“Kita sebagai keluarga petani hendaklah mengikis sikap perasaan malas kerana sikap seperti  itu akan membawa kemunduran kehidupan”, tambahnya.

Turut berucap ialah, Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd.Ghani, selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau 2023 bertemakan ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’.

Sementara antara ribuan penduduk yang hadir ialah, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, yang juga ADUN N.38.Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Amisah  Yassin (ADUN Dilantik) Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan daerah Ranau.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan peringkat daerah Ranau sebagai acara kemuncaknya.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN