Mohd Arifin (duduk lima dari kiri) bersama AJP PMBS dan para pemenang Pertandingan Ambuyat dan Zapin Etnik Brunai.
KEJAYAAN Kejayaan Pesta Ambuyat yang julung kali diadakan di daerah ini merupakan satu langkah yang amat baik bagi memperkenal dan mengembangkan lagi makanan tradisi masyarakat tempatan ini.
Makanan ambuyat bukan saja menjadi makanan tradisi suku kaum Brunei secara meluas tetapi juga kaum-kaum lain seperti Bisaya, Kadazandusun dan kaum-kaum lain.
” Dalam hubungan ini Pesta Ambuyat ini perlu diperluaskan dan dianjurkan bersama dengan persatuan-persatuan etnik yang lain agar ianya dapat diwarisi oleh generasi muda,” kata Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Datuk Dr Haji Mohd Arifin Mohd Arif.
Beliau betkata , menerusi pesta itu juga, pihaknya juga dapat turut sama membantu Kerajaan dalam memperkasa pelancongan di negeri ini melalui seni budaya etnik Brunei.
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2024/08/IMG-20240826-WA0026-1024x576.jpg)
Mohd Arifin merasa pelbagai lauk pauk dan cecah ambuyat yang dihidangkan oleh para peserta.
“InsyaAllah selepas ini kita akan cari jalan bagaimana kita boleh memperluaskan lagi makanan tradisi ini kepada pihak yang lain. Ini kerana makanan ambuyat ini bukan saja dalam kalangan masyarakat Brunei tetapi etnik lain pun ada. Jadi kita akan sama-sama memperkasa termasuklah bersama yang lain.
“Itulah salah satu caranya kita mengadakan program seumpama ini. Sebenarnya kita ingin memperkenalkan ambuyat ini kepada masyarakat khususnya anak muda atau generasi akan datang,” katanya.
Mohd Arifin berkata demikian ketika semasa berucap merasmikan Pesta Ambuyat 2024 di sini pada Ahad.
Mohd Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk meluaskan lagi pesta seumpama itu dengan penglibatan masyarakat lain.
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2024/08/IMG-20240826-WA0028-1024x576.jpg)
Johan Pertandingan Pertandingan Ambuyat dari Sri Pimping Membakut.
“Pesta Ambuyat ini adalah pecahan daripada Karnival Baurung-Baurung yang kita anjurkan yang dulunya setahun sekali, jadi kita buat dua.
“Karnival Baurung-Baurung kita buat dua tahun sekali, Pesta Ambuyat dua tahun sekali. Bila Baurung-Baurung tahun ini, Pesta Ambuyat tahun depan,” katanya.
“Jadi semua setiap tahun kita adakan program dan Alhamdulillah program pada Pesta Ambuyat kali ini kita sekalikan dengan Festival Zapin Masyarakat Brunei.
“Ini sangat baik dan saya lihat kita perlu ada penerus kepada seni budaya masyarakat kita khususnya masyarakat Brunei mencari, mengambil inisiatif untuk membimbing, mengasah bakat anak-anak kita dari sekolah tadika lagi sehingga ke peringkat sekolah rendah dan menengah,” katanya.
Beliau merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Pelaksana Pesta Ambuyat yang juga Naib Presiden 3 Persatuan Masyarakat Brunei Sabah ( PMBS) Datuk Hajah Masnah Matsalleh bersama AJKnya yang bertungkus lumus menguruskan pesta ini.
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2024/08/IMG-20240826-WA0029-1024x576.jpg)
Sambutan meriah lebih 2000 orang menghadiri Pesta Ambuyat dan Zapin di Dewan Kesenian Islam Pekan Membakut.
Sebanyak 13 cawangan dari 40 cawangan PMBS mengambil bahagian dalam Pertandingan Manumpah/ Hidangan Ambuyat untuk tahun ini.
Johan Pertandingan Ambuyat ialah Kumpulan Sri Pimping mewakili PMBS Kg Pimping Membakut, Naib Johan Nur Iman mewakili PMBS Lubok Weston dan tempat ketiga Emi Emi mewakili PMBS Bandaraya Kota Kinabalu.
Pertandingan Zapin Etnik Brunai pula johan sekolah menengah ialah SMK Benoni Papar, Naib Johan SMK Membakut II dan ketiga SM St Patrick Membakut.
Untuk kategori sekolah rendah pula Johan dimenangi oleh SK Kogopan Papar, Naib Johan SK Pekan Sipitang dan tempat ketiga SK Binsulok Membakut.