Rosinie ( duduk kiri) merakam gambar bersama Muhini dan beberapa orang Jawatankuasa Group Silaturrahim (W) Ranau.
RANAU: Persatuan yang dahulunyanya dikenali sebagai Persatuan Wanita Kinabalu (Perwanika), kini telah dijenamakan semula sebagai ‘Group Silaturrahim (W) Ranau yang programnya lebih berfokus terhadap aktiviti kebajikan dan memberi pengetahun serta pengalaman baharu kepada ahli.
Ketua Penerangan Group itu, Rosinie Binti Siga ketika ditemui pada satu pertemuan Silaturrahim di rumah kediaman Penasihat group itu, Datin Sri Hajah Rosnie Binti Ambuting di Kg.Tagudon Baru terletak satu kilometer dari pekan Ranau baru-baru ini, memaklumkan perubahan nama itu diputuskan sebulat suara para ahli dan atas persetujuan Penasihatnya, Hajah Rosnie isteri kepada mantan Menteri Persekutuan,Tan Sri Kasitah Gaddam.
“Penjenamaan semula itu juga dibuat selaras dengan perubahan semasa tambahan pula banyak program lepas tidak dapat dilaksanakan berikutan penularan Covid-19 di Malaysia dan seluruh dunia termasuk Malayaia”, jelas Rosinie.

TERIMA KASIH…Pengurus Pusat Rumah Anak Yatim Kg.Silad, Ust.Mohd.Hainin Abdullah (kiri) menerima sumbangan sampaikan Muhini disaksikan rombongan Group Silaturrahim (W) Ranau
Menurutnya, pelbagai program telah dan akan dilaksanakan secara berperingkat serta tertakluk kepada kesesuaian masa dan dana kewangan Group.
“Baru-baru ini, kami telah berjaya menyampaikan sumbangan berupa kewangan kepada beberapa buah Pusat Tahfiz dan Rumah Anak-Anak Yatim di Ranau dan Tambunan sebagai tanda simpati serta bagi meringankan beban para penghuni pusat-pusat Rumah Anak Yatim berkenaan.
“Kami juga telah merancang untuk melaksanakan pelbagai program untuk dilaksanakan dalam masa terdekat yang bakal dikelolakan mengikut Biro yang telah dibentuk iaitu, Biro Pendidikan, Sosial, Kebajikan, Masakan, Jahitan, Sukan dan Rekreasi, Kebudayaan dan Pertanian.
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah, Naib Pengerusi Group Silaturrahim (W), Muhini Binti Kasan.



