Robert menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima.
KENINGAU: Peruntukan segera perlu bagi membaikpulih infrastruktur jalanraya terputus dan jambatan runtuh sama ada dibawah seliaan konsensi ataupun bukan.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, peruntukan ini amat mendesak bagi memudahkan aktiviti harian penduduk berjalan lancar terutamanya bagi kawasan pekan Keningau yang ketika ini sesak kerana jambatan di Kampung Tuarid Taud terputus kesan banjir manakala pembinaan jambatan di kampung Liawan tergendala.
Katanya, banyak kerosakan jambatan konkrit, jambatan kayu, culvert jalan-jalan raya di kawasan Pedalaman kesan banjir hujan lebat yang berterusan.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Gerak Rahmah Jom Nasak Bubur Lambuk Perpaduan 2025.
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional JPNIN Zon Pedalaman Atas itu diadakan di Tamu Pekan Apin-Apin.
Pada program itu yang dijayakan bersama 27 Kawasan Rukun Tetangga di daerah Keningau serentak diadakan diseluruh negara setiap tahun pada bulan Ramadan.
Hampir 8,000 pek bumbur lambuk diagih-agihkan kepada ahli-ahli KRT, badan Masjid dan Surau untuk majlis berbuka puasa pada program ini.
Selain itu pada program sama Robert menyampaikan bakul makanan sumbangan Pejabat ADUN Bingkor kepada golongan warga emas, ibu tunggal dan asnaf.



