31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peruntukan RM2.07 juta di bawah Program Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 bukti KWP tidak pinggirkan Labuan

Senator Datuk Bashir Alias

LABUAN: Ahli Dewan Negera, Senator Datuk Bashir Alias menyifatkan peruntukan lebih RM2.07 juta di bawah Program Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 (IWC 4.0) bukti Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak meminggirkan rakyat Labuan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan keatas Labuan berikutan peningkatan kes positif COVID 19 sejak awal bulan lalu.

Beliau berkata, pengumuman Kementerian Wilayah Persekutuan melalui menterinya Tan Sri Annuar Musa beberapa hari lalu telah memberi kelegaan kepada rakyat Labuan khususnya golongan peniaga dan penjaja kecil termasuk mereka yang menyewa di perumahan awam milik Perbadanan Labuan.

Sehubungan dengan itu, Bashir yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa yang sentiasa prihatin dan memahami permasalahan rakyat bukan sahaja di Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi juga Labuan.

Bashir yakin Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 yang dipanjangkan ke Labuan sedikit sebanyak akan meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi tempoh yang sukar ketika berdepan dengan pendamik COVOD 19 dan juga PKPB.

Pada Sabtu, Annuar dalam satu kenyataan media mengumumkan peruntukan Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 khusus untuk Wilayah Persekutuan Labuan sepertimana yang sebelum ini diumumkan untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Annuar peruntukan IWC 4.0 bagi Wilayah Persekutuan Labuan bermula Oktober sehingga 31 Disember ini antara lain akan memberi manfaat kepada 772 penjaja dan peniaga kecil berlesen dikecualikan bayaran sewa premis niaga milik Perbadanan Labuan.

Manakala 468 orang peniaga kecil dan peniaga pasar awam milik agensi berkenaan turut dikecualikan bayaran pembaharuan lesen perniagaan bagi tempoh tiga bulan bermula Oktober.

Sementara itu, 617 penghuni yang menyewa di perumahan awam Perbadanan Labuan juga dikuecualikan membayar sewa untuk tempoh 3 bulan bermula Oktober hingga Disember ini.

Manakala 108 pemilik tanah milik Perbadanan Labuan diberi diskaun sebanyak 30 peratus untuk kadar bulanan pajakan tanah. Ia melibatkan 85 syarikat.

Melalui IWC 4.0 ini juga, pembayar kompaun Perbadanan Labuan turut menerima manfaat apabila mereka hanya dikehandaki membayar RM 15.00 sahaja sepanjang tempoh PKPB sehingga 31 Disember khusus untuk warga Labuan.

Turut menerima manfaat ialah enam zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan MPP Zon Labuan yang menerima sumbangan one off sebanyak RM3,000 bagi membolehkan organasasi itu melaksanakan program pencegahan COVID 19 dalam kalangan komuniti masing-masing.

Dalam waktu yang sama, kira-kira 2,000 pelajar bakal menikmati Baucar bantuan (one-off) buku latihan sekolah bernilai RM100 sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN