25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Peruntukan projek pembangunan disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan mendesak.

Napey (dua kiri) menerima Kad Warga Emas disampaikan Datuj Jonathan diperhatikan Jasni (kanan) dan Ahidi.

RANAU: Rakyat akar umbi disaran supaya bersabar menunggu peruntukan projek pembangunan yang disalurkan kerajaan  secara berperingkat dan mengikut keperluan mendesak.

Timbalan Menteri  Dalam Negeri II,  yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, kerajaan memang serius dalam usaha melaksana projek pembangunan infrastrukur disemua kampung, namun perlu dilaksanakan secara berperingkat dan keperluan mendesak tanpa membezakan kaum, agama dan idologi politik.

“Kita akan luluskan permohonan yang paling penting di sesuatu kawasan  mengikut keutamaan”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada majlis Raya Kaamatan peringkat Kg.Kigiok Ranau pada Sabtu.

Sempena majlis itu yang dihadiri lebih 100 penduduk, Datuk Jonathan mengumumkan peruntukan kewangan berjumlah RM28,000 iaitu RM20 ribu untuk tabung JPKK, RM5,000 untuk Kelab Belia dan RM3,000 lagi untuk Warga Emas.

Datuk Jonathan mengharapkan sumbangan kewangan itu dapat meringankan beban kepada penerima dalam melaksanakan aktiviti untuk memberi manafaat kepada komuniti.

Turut berucap mewakili penduduk mengalu-alukan kehadiran Datuk Jonathan ialah Ketua Kampung Kg.Kigiok, Ahidi Bin Kasaman dan Pengerusi JPKK, Jasni Bin Litah.

Datuk Jonathan terusnya diberi penghormatan untuk menyampaikan Kad Keahlian  lebih 20 orang Warga Emas Kg.Kigiok, yang diwakili Pengerusinya, Napey Bin Judin.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN