30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peruntukan pembinaan semula jambatan gantung Kg. Layon telah diluluskan: PPM

Beginilah gambar yang tular di media sosial.

NABAWAN:Peruntukan pembinaan semula jambatan gantung Kampung Layon telah diluluskan kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)N. 46 Nabawan Deckson Andipai.

“Saya telah dihubungi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin mengenai perkara itu dan tindakan telah diambil untuk mengganti jambatan gantung yang hanyut akibat banjir baru-baru ini.

Berikutan kerosakan teruk jambatan gantung itu, tular dimedia sosial terdapat murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK)Layon menyeberang menggunakan drum melalui kabel yang dibuat oleh penduduk kampung dan terdapat juga yang menggunakan rakit.

Walau bagaimanapun masalah itu dapat diatasi apabila jambatan gantung baru menggantikan jambatan yang hanyut dibina dalam masa terdekat ini.

Menurut Deckson, beliau dimaklumkan oleh Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) bahawa dalam sehari dua ini peralatan akan dihantar di lokasi.

Selain itu katanya, beberapa jambatan yang turut hanyut akan bina dengan menggunakan kayu buat sementara waktu bagi membolehkan jalan boleh dilalui sementara menunggu peruntukan untuk pembinaan jambatan kekal (konkrit).

Pembinaan jambatan-jambatan laluan kenderaan sementara itu akan dilaksanakan oleh LKTNS sebuah angensi Kerajaan Negeri (GLC).

“Selain membina jambatan sementara, jentera-jentera yang telah dihantar juga akan membaiki jalan-jalan yang rosak akibat bajir” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN