GIMIK…Sylvia memalu gong perasmian Jubli Emas ke-50 tahun Peladang Kinabalu diperhatikan kenamaan yang lain.
RANAU: Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) Kinabalu melakarkan satu lagi sejarah tersendiri bukan sahaja meningkatkan pencapaian dalam bidang pertanian, perladangan, perusahaan dan perniagaan malah kejayaannya menyambut Jubli Emas ke-50 tahun pertubuhan itu di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu.
Atas kejayaan itu, Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, yang juga Pengerusi Peladangnita Sabah, Sylvia Bolingi ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Emas itu memuji kejayaan para ahli Peladang Kinabalu atas pencapaiannya yang turut membanggakan semua ahli serta barisan kepimpinan Pertubuhan Peladang Kinabalu dan Negeri Sabah.
“Kejayaan menyambut Jubli Emas membuktikan ketekunan dan kesabaran para ahlinya dalam mengusahakan pelbagai bidang yang diceburi untuk berjaya merialisasikan tekad mencapai kecemerlagan.
Menurutnya lagi, usaha antara Jawatankuasa Pertubuhan Peladang peringkat daerah dan Negeri juga amat penting berspadu demi kepentingan bersama.
“Usaha kita perlu seiringan kerana itu amat penting demi mencapai kejayaan bersama” jelas Sylvia ketika berucap mewakili Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) merangkap Pengerusi Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Datuk Mohd.Nazri Abdullah bagi merasmikan majlis itu pada Sabtu.

BERTUAH…Gusidi (tiga kiri) merakam gambar bersama orang kenamaan selepas menerima kunci kereta ‘Wira’ yang dimenangi.
Sylvia memuji Jawatankuasa pelaksana sambutan Jubli Emas itu atas kejayaan mengendalikan semua acara dengan teratur.
Berucap sama ialah, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu Ranau, Datuk Haji Famin Bin Kamin, sementara hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Datuk Amisah Yassin, Pengerusi Peladangnita Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa sambutan Jubli Emas, Datin Hajah Jaini Binti Majid bersama lebih 500 ahli Pertubuhan dan penduduk sempat.
Beberapa acara turut diadakan sepanjang dua hari sambutan itu (29 -30 Julai) ialah, Pameran dan Jualan, Ratu Cilik, Bina Badan kategori kanak-kanak lelaki, pertandingan Karaoke, Ratu Ibu dan Cabutan Tiket Bertuah menawarkan pelbagai hadiah termasuklah sebuah Kereta ‘Wira’ yang dimenangi oleh, Gusidi Bin Saidin dari Kg.Kinapulidan.
             Â