KOTA KINABALU: Pertemuan antara para Pegawai Syarikat Milikan Bumiputera Sabah Polaris Energy Venture (SPEV) Sdn.Bhd. dengan Pengarah Urusan Evolusi Bersatu Sdn.Bhd (EBSB), Muhammad Bin Haji Tolling di pejabat EBSB di sini baru-baru ini, beri kesan positif antara kedua-belah pihak.
Pengarah Operasi SPEV, Mohd.Syazwan Bin Yusuff ketika ditemui memberitahu, tujuan utama kunjungan hormat itu adalah untuk memperkenalkan SPEV dengan lebih dekat lagi serta membentangkan peranannya selaku wakil tunggal Beicip Franlab Asia (BFA) di Sabah.
“Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja itu, yang julungkali diadakan menjadi suatu lembaran baharu terhadap peranan dan fungsi kedua belah pihak.
“Ia juga menjadi platform untuk menjalinkan kerjasama strategik antara kedua belah pihak sekaligus menyebar-luas amalan baik secara berkesan dan berkongsi pendapat dalam isu-isu berkenaan industeri Oil dan Gas (O&G) di Negeri Di Bawah Bayu ini”, tambah Mohd.Syazwan.
Mereka yang turut menyertai Kunjungan Hormat itu selain Mohd.Syazwan ialah, Ketua Komersial Asia Tenggara (Beici Franlab Asia) yang juga Ketua Komersil Asia Tenggara (SEA), Afifi Bin Aznan, Pengarah Kewangan SPEV, Maryanti Binti Ahmad dan Pengarah Urusan SPEV, Marlina Binti Mustafa.
             Â