Untuk kegunaan pengguna di Hospital Umum Sarawak
KERAJAAN Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor) dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak (HUS) akan membina tempat ibadah untuk kegunaan masyarakat pelbagai agama di hospital berkenaan.
Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, inisiatif bersama ini menggambarkan dasar keterangkuman kerajaan dan iltizam untuk memenuhi permintaan orang ramai terhadap sesuatu keperluan penting.
Bakal dibina tidak lama lagi
Projek pembinaan yang dijangka mengambil masa enam bulan ini disasarkan untuk bermula pada Januari depan.
“Justeru saya mengharapkan kemudahan serupa dapat disediakan di hospital lain di Sarawak dalam masa terdekat,” katanya.
Cek sumbangan untuk mendirikan rumah ibadat tersebut diserahkan oleh Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian kepada Pengarah HUS Dr. Ngian Hie Ung.- iloveborneo