28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pertahankan tanah kampung: Jonathan

Rukimin (tiga kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Jonathan bersama tiga yang lain


RANAU: Penduduk di kawasan ini, terutama yang tinggal di perkampungan yang jauh dari pecan diingatkan agar terus mempertahankan tanah-tanah kampong mereka daripada dijual kepada pihak luar.


Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, penduduk mesti menjaga kawasan kampong dan jangan biarkan ada penduduk yang bertindak menjual tanah kampung.


“Sebab jika tanah-tanah dijual kepada pihak luar maka pada masa akan datang tiada lagi tanah yang boleh diduduki oleh para generasi akan datang.


“Semua kita berasal dari keadan yang sama iaitu dalam keadaan susah. Dan perjuangan kita ialah untuk kemajuan diri dan keluarga kepada tahap yang lebih baik.


“Justeru kita berterimakasih kepada para pemimpin kampong sekarang dan terdahulu yang berjuang untuk rakyat dan mempertahankan tanah-tanah kampong yang ada sekarang,” katanya.


Jonathan berkata, janganlah ada sikap tamak di kalangan penduduk sehinggakan semua tanah-tanah di kampong mahu diambil untuk diri sendiri sahaja.


“Kita hidup bermasyarakat harus ada toleransi dan kerjasama antara satu sama lain, dan membawa kepada perbincangan jika wujud sebarang pertikaian di kalangan penduduk kampong untuk selesaikan masalah.


“Sebab kalau saling tuding-menuding atau hentam-menghentam, tiada kebaikan yang diperolehi, malah mungkin ada pihak luar yang mmengambil kesempatan di atas perbalahan dalaman di kampung.


“Pada peringkat Pejabat Parlimen Ranau, kami tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak yang bertelagah berkenaan isu tanah supaya tidak menimbulkan lagi masalah,” kata beliau.


Kecuali terdapat bukti-bukti yang kukuh menunjukkan ada perlanggaran berlaku, maka Jonathan memberitahu bahawa kes boleh dirujuk kepada Mahkamah Anak Negeri dan terserah kepada mahkamah untuk putuskan.


“Jalan yang terbaik ialah berbincang secara diplomasi dan buat satu keputusan yang kami akan endorse,” kata beliau.


Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di rumah kediaman Ketua Kampung Kg Gunsapou Ranau, Rukimin Sambalik, baru-baru ini.


Sementara itu, berkenaan jalanraya di kawasan itu, Jonathan memberitahu bahawa pihaknya telah berbincang dan bersetuju dengan pihak MP Kota Marudu, Wetrom Bahanda untuk berusaha menaiktaraf jalan tersebut kepada jalan berturap.


“Namun usaha ini akan memakan sedikit masa dan tidak begitu mudah untuk dilaksanakan dengan sekelip mata, namun usaha akan diberikan bagi memastikan ianya dapat dicapai, dan harapan kita ialah supaya ia dapat dilaksanakan dalam tempoh empat tahun akan datang ini.


“Kita mahi melihat jalan-jalan raya ini dihubungkan antara satu sama lain kerana ini akan membawa banyat manfaat kepada rakyat di sekitar sini dari segi pengangkutan, ekonomi dan sebagainya,” katanya.


Beliau turut berharap agar dapat merealisasikan pembinaan mini dewan atau balai raya di kawasan tersebut pada tahun hadapan bagi pelbagai kegunaan penduduk kampong di sini, dan memohon pemimpin di sini untuk menulis surat permohonan pembinaan bangunan tersebut.


“Terdapat 247 kampung di Ranau yang memerlukan pelbagai peruntukan pembangunan jadi kita akan melihat pembahagian peruntukan dibahagi secara yang terbaik untuk kepentingan rakyat.


“Di samping itu, sebagai pemimpin juga, kami akan berusaha membawa wakil-wakil kementerian yang berkenaan untuk melihat mana-mana keperluan yang boleh dibantu di kewasan yang terlibat,” katanya.


Justeru katanya, penduduk di sini adalah di saran untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ada sekarang demi menikmati pembangunan yang berterusan di masa akan datang.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN