27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Taekwaondo Kg Bahab dilancar

Abidin (tengah) melancarkan secara rasmi Persatuan Taekwondo Kg BahabĀ  di sini pada Ahad

RANAU: Kanak-kanak perlu dididik dan didedahkan dengan program Seni Mempertahankan Diri seperti Taekwondo bagi melatih mereka menjadi lebih berdisiplin, mematuhi peraturan dan sifat kepimpinan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, ini juga dapat mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan aktiviti sosial yang merosakkan kehidupan masa depan mereka.

Beliau berkata, menerusi aktiviti seni Bela Diri, generasi muda berpeluang menyertai aktiviti berfaedah berteraskan disiplin diri.

“Ini termasuk keupayaan mengurus diri dan mengatur jadual latihan selain melatih kesabaran dan ketabahan mereka agar mampu menghadapi situasi yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

“Seni mempertahankan diri juga merupakan salah satu cara yang baik untuk bersosial. Melalui aktiviti seperti ini, kanak-kanak berpeluang membina satu sama lain, sambil belajar berkomunikasi dan berinteraksi dalam satu pasukan.

“Ironinya, selain mudah mendapat kawan baharu yang merupakan ahli dari seluruh Malaysia yang mengikuti latihan seni mempertahankan diri bersama-sama, mereka juga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan seni pertahanan diri,ā€ katanya.

Abidin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan berkata demikian ketika berucap merasmikan Persatuan Taekwondo Kg Bahab merangkap Sambutan Kaamatan yang diadakan di Dewan Mini kampung pada Ahad.

Sementara itu, beliau menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam persatuan ini serta kumpulan sukan lain yang berkaitan, kerana ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah.

Ahli Persatuan Taekwondo Kg Bahab mengangkat sumpah semasa pelancaran rasmi kumpulan itu di sini pada Ahad

“Saya harus menekankan bahawa semua pihak perlu mempelajari seni mempertahankan diri. Golongan yang dimaksudkan termasuklah ibu bapa agar sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada anak-anak yang cenderung kepada seni mempertahankan diri.

ā€œSeni mempertahankan diri bukan sahaja membantu sekiranya pelajar atau anak-anak mereka terdedah kepada bahaya tetapi juga dapat meyakinkan diri mereka untuk melakukan perkara yang betul seperti menegakkan keadilan.

ā€œIni adalah nilai yang tidak ternilai untuk dimiliki. Justeru kita perlu dilengkapkan dengan ilmu seni dengan meningkatkan disiplin diri.

ā€œMelalui aktiviti seperti ini, kita dapat memupuk sikap hormat-menghormati antara satu sama lain, justeru lebih sahsiah mulia dapat dibentuk,ā€ katanya.

Tambah Abidin, peluang seperti ini amat digalakkan selain memberi ruang kepada anak muda untuk memajukan diri dan mencipta nama dalam bidang kokurikulum.

Dalam acara itu, beliau menderma RM1,000 untuk Persatuan Taekwondo Kg Bahab sebagai dana permulaan untuk membolehkan mereka memulakan perjalanan ke peringkat yang lebih tinggi dalam sukan Taekwondo di kawasan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN