27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PERSATUAN PENJAJA BUAH-BUAHAN CADANG MDR ANJUR PESTA DURIAN RANAU

Antara buah durian yang ada dijual di Pasar Terbuka pekan Ranau.

RANAU :Para penjaja buah-buahan khususnya buah durian di Pasar Terbuka pekan di sini, mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  bersama Majlis Daerah Ranau (MDR) supaya menganjurkan  program Pesta Durian peringkat daerah pada bulan Ogos hingga September tahun ini.

Ramai mencadangkan pesta durian patut diadakan memandangkan bekalan buah durian pelbagai jenama semakin  bertambah banyak dari para
pekebun durian di daerah ini dan  bekalan dari daerah lain di Sabah.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Buah-Buahan Tempatan, Pasar Terbuka pekan Ranau, Halisah  Binti Sebuling ketika ditemui wakil Borneo Daily Boletine (BDB) mewakili rakan-rakan niaga yang lain memberitahu, sepanjang bulan Ogos dan September adalah sesuai menganjurkan Pesta Durian di Ranau  memandangkan  bekalan buah durian tempatan semakin bertambah.

” Sepanjang bulan Ogos difikirkan sesuai dengan Kemerdekaan ‘Hari Sabah’ dan September pula ‘Hari Malaysia’, jelas Halisah.

Menurutnya antara buah durian yang ada mereka jual ialah, D8,D100,D144, D168, D7, D5,D163, D99 dijual dengan harga antara RM2,00 hingga RM5.00 sekilo ( buah tempatan),

“Harga masih boleh. dirunding sekiranya ada pelanggan  membeli secara borong”,jelas Halisah sambil memaklumkan Pesta Durian peringkat daerah Ranau  tidak dapat dianjurkan sejak PKP  beberapa tahun yang lalu berikutan Covid-19.,
            
           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN