31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan, Peniaga, Penjaja  Kecil  Harmoni Labuan  minta SKMM beri penjelasan video tular   berperisa air ludah  di Bazar Ramadan

Gambar : TEO LIM LAI

LABUAN: Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Harmoni Wilayah Persekutuan Labuan meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis  menberikan penjelasan atau kenyataan berkaitan video tular  di media  sosial  yang melibatkan seorang peniaga roti murtabak berperisa air ludah semasa berniaga di Bazar Ramadan Labuan Walk   pada April 2023.

Pengerusi Persatuan itu, Teo Lim Lai berkata, pihaknya  inginkan penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab polis dan SKMM kerana video yang tular itu  melibatkan keselamatan makanan awam dan nama baik peniaga di Bazar Labuan termasuk ahli persatuan peniaga kecil Harmoni.

“Pada 19 April 2023 lebih kurang 6.30 petang telah tular video di media sosial   dimana dikatakan seorang peniaga roti mutabak  mengunakan jampi perisa air ludah  yang menyebabkan peniaga berkenaan mengalami kerugian dan cemuhan daripada orang awam”

“Berikutan video yang tular itu, peniaga berkenaan talah membuat laporan polis  dan menafikan yang beliau menggunakan perisa air ludah, namun sehingga kini pihak polis dan SKMM belum membuat sebarang kenyataan atau pengesahan mengenai kejadian tersebut” katanya ketika menghubungi BDB di sini kelamrin.

Teo  yang juga  Ahli Majlis Perundingan Peniaga dan Penjaja Kecil Kebangsaan, memohon kepada SKMM termasuk Polis mengeluarkan kenyataan  mengenai kesahihan video berkenaan dan sekiranya kandungan  video yang tular itu merupakan video yang palsu atau  sebaliknya, maka tindakan perlu diambil terhadap pelaku.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN