26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PERSATUAN PENGGUNA KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KKR

Cenderahati….. David menyampaikan cenderahati kepada Shahelmey semasa kunjungan hormat semalam di bangunan Kementerian Kerja Raya semalam. Kelihatan Idris Ali (dua kanan), Justin Ng (kanan sekali) serta Ir Ts Yuzrian (kiri sekali)

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya di bangunan Kementerian Kerja Raya Sembulan.

Kunjungan itu diketuai Presidenya David Chan dan disertai Perunding Elektrik Ir. Ts. Yuzrian Efren Yunus  dan Akauntan Bertauliah Justin Ng dan Dato Idris Ali.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak. Selain memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan pengguna.

David turut menyatakan rasa lega dan berterima kasih kepada Kementerian Kerja Raya Sabah mengenai projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II.

“Apa yang Persatuan Pengguna harapkan ialah gangguan bekalan air akan dapat diatasi memandangkan sebelum ini masalah ini sering mengganggu kehidupan seharian penduduk, khususnya peniaga.

“Persatuan Pengguna berharap masalah gangguan bekalan air di sekitar bandar raya negeri ini bakal berakhir berikutan projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II siap sepenuhnya kelak”, katanya semasa kunjungan hormat dengan Menteri Kerja Raya semalam.

Dalam pada itu, Pengguna Sabah berharap supaya peruntukan bagi menambah baik kemudahan bekalan air dan elektrik di Sabah disegerakan bagi menyelesaikan masalah yang sekian lama berlarutan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN