31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Masyarakat Kota Marudu (PPKM) bakal didaftarkan.

Oleh ADUKA JASNIN SUMAN

KOTA MARUDU: Persatuan Masyarakat  Kota Marudu (PPKM) yang kini masih berstatus penaja, bakal berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah (ROS).

Pengerusi penajanya, Jaiping Minsu ketika menghubungi Borneo Buletin Online berkata, mesyuarat penubuhan persatuan tersebut telah diadakan di Marudu Inn, Goshen, Kota Marudu pada Ahad.

“Semua yang hadir teruja dan setuju sebulat suara dengan cadangan penubuhan persatuan ini dan proses pendaftatan sedang dibuat.

“Sekiranya urusan pendaftaran berjalan  lancar, hasrat dan impian kami  masyarakat Kota Marudu untuk menubuhkan persatuan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang akan jadi realiti,” katanya.

JAIPING (tengah) bersama Jawatan Kuasa Penaja PPKM selepas mesyuarat penubuhan.

Ketika ditanya matlamat penubuhan, Jaiping menjelaskan, antara matlamat ialah mengumpul masyarakat di Kawasan P.168 Kota Marudu untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sedia terjalin antara satu sama lain.

“Persatuan ini juga akan menjadi platform untuk ahli-ahli berkumpul dan berkongsi idea serta pendapat membina mereka.

“Selain itu, persatuan ini juga bertindak sebagai badan kebajikan untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan seterusnya menjaga kebajikan ahli persatuan itu sendiri,” jelas beliau.

Pada mesyuarat pertama penubuhan, seramai 15 orang hadir, terdiri anak jati daerah ini dari pelbagai latar belakang, agama, keturunan dan ideologi politik .

Selepas kata sepakat dicapai untuk menubuhkan Persatuan Masyarakat  Kota Marudu (PPKM), satu jawatankuasa penaja telah dibentuk.

Jaiping yang juga Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau (MDR) telah dilantik sebagai Persiden Penaja bersama tiga Timbalan Presiden terdiri Jeson Majimal, James Vun. Manakala seorang lagi Timbalan Presiden belum dinamakan.

“Mesyuarat juga bersetuju mewujudkan tiga jawatan Setiausaha Agung. Mereka yang dilantik ialah, Wellson Magusun, Liew Ket Kiun dan Lawrence P Saibon.

“Untuk jawatan Bendahari dan Ketua Penerangan, masing-masing disandang Adrian Belton dan Sauting Rabuyut,” katanya.

Sementara itu, enam orang Ahli Majlis Tertinggi (AMT) turut dilantik iaitu, Wilson Lampaki, Tiew Kim Choy, Deson Muyat, Junicks Dangus, DM Herryneyear Jeson dan Dean Dennis Deson. Lima lagi AMT akan dilantik kemudian.

Menurut Jaiping, mesyuarat turut berbesar hati melantik Oliver Goh sebagai penasihat kepada persatuan. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN