26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 24, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Kontraktor G1 Labuan perlu proaktif dan konsisten menyuarakan  pandangan dan cadangan- Rithuan

HAJI CHEMAT (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Rithuan sebagai tanda penghargaan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKG1.

LABUAN: Persatuan Kontraktor G1  (PKG1) Wilayah Persekutuan Labuan perlu  proaktif dan konsisten dalam menyuarakan pandangan  mengenai masalah yang dihadapi oleh kontraktor ketika berdepan dengan pihak berkuasa tempatan (Perbadanan Labuan) mahupun agensi kerajaan yang lain. 

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, ia merupakan usaha murni dan bersepadu yang dilakukan oleh persatuan dalam memastikan industri pembinaan di pulau ini lebih produktif, mampan, berintegriti dan berkualiti.

“Perbadanan Labuan sentiasa memberikan kerjsama yang baik kepada Persatuan Kontraktor G1 Labuan bagi sama sama memastikan agenda pembangunan dan infrastruktur Labuan berada di tahap yang baik”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung  Tahunan Kontraktor G1 Labuan yang diadakan di Hotel Palm Beach and Spa, Manikar Labuan, di sini, pada Sabtu.

.RITHUAN (baju gelap) bersama barisan jawatankuasa PKG1 2022

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Kontraktor G1 Labuan, Haji Chemat Haji Mustapha.

Rithuan  juga  berharap mesyuarat agung  tersebut  akan menjadi platform terbaik  dalam memperjuangkan nasib para kontraktor Melayu dan Bumiputera secara kolektif dan holistik.

“Saya  juga berharap  agar barisan jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan terus komited  bukan sahaja dalam  memberikan perkhidmatan kerja tetapi juga dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan tanggungjawab sosial berterusan kepada masyarakat”, katanya.

Terdahulu, Haji Chemat dalam ucapannya berharap pihak Perbadanan Labuan dapat memperbanyakkan kerja-kerja cabutan undi  yang diberikan kepada kontraktor G1 Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN