31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Kontraktor G1 Labuan hulur sumbangan

SIMBOLIKā€¦. Haji Chemat (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Ansharey.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Prihatin dengan usaha kerajaan dalam memerangi wabak pendemik COVID 19, PersatuanĀ  Kontraktor G1 Labuan tidak mahu ketinggalan memberikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengerusi persatuan  itu, Haji Chemat Haji Mustapha berkata,  sumbangan  tersebut berupa 70 tilam dan 70 bantal untuk  keperluan pesakit COVID 19 yang menjalani kuarantin di  Pusat Kuarantin Rawatan COVID 19 (PKRC).

ā€œKami berharap dengan sumbangan yang dihasilkan melalui kutipan dana daripada ahli-ahli Persatuan Kontraktor G1 akan dapatĀ  membantu JPBD yang di beri amanah untuk mengurus keperluanĀ  PKRCā€ katanyaĀ  ketika ditemui di Bangunan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan selepas menyerahkan sumbangan tersebut pagi ini.

BAKUL MAKANANā€¦ RozmanĀ  (kanan) menyerahkan bakul makanan kepada Ansharey.

Sumbangan  diserahkan kepada Pengarah JKM, Ansharey Matarsad mewakili JPBD Labuan.

Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli telah menyumbang sebanyak 100 set bakul makanan yang diserahkan kepada JPBD melalui JKM yang diadakan di perkarangan rumah kediaman Ahli Parlimen itu di Jalan Tanjung Bendera, di sini, pagi tadi.

Sumbangan bakul makanan yang mengandungi makanan kering  dan keperluan harian itu adalah untuk diagihkan kepada golongan B40 yang terkesan dengan pendamik COVID 19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di pulau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN