Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Persatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah ( KGNS) memberi sokongan dan aprisiasi yang jitu kepada setiap aktiviti yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Presiden KGNS Puan Petronella Munting berkata, barisan AJK Tertinggi, Pengerusi-Pengerusi Cawangan dan seluruh ahli KGNS telah menzahirkan sokongan kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya untuk membuat perubahan besar dan pembangunan yang pesat dalam Bingkor.

Petronella….Presiden KGNS.
Katanya, selaras dengan slogan “Bingkor Membangun Bersama Rakyat“ rakyat Bingkor perlu bersatu dan bekerjasama serta bersepakat dalam membantu wakil rakyat untuk merealisasi slogan tersebut.
“Wakil rakyat tidak boleh berkeseorangan dalam usaha membangunkan kawasan Bingkor tetapi rakyat secara keseluruhannya perlu branding baju bersama beliau” jelas Petronella.
Pada masa sama Petronella berkata, KGNS mengucapkam terima kasih atas keprihatina Robert kepada penduduk Bingkor dan telah melaksanakan “walk the talk”.
Katanya, usaha-usaha perancangan beliau (Robert) dalam membangunkan kawasannya perlu sokongan dari pelbagai pihak.
“Kita bertuah memiliki pemimpin seperti Robert yang begitu mengambil tahu dan berat terhadap keperluan rakyatnya. Beliau turun kelapangan setiap masa tidak mengira hari dan waktu untuk mendengar suara rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Marilah kita bersama-sama dengan beliau demi Bingkor yang tercinta ini ” kata Petronella.