Yazid…..berharap anak-anak Sabah diberi keutamaan ditempatkan di sekolah-sekolah di Sabah.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Persatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah ( KGNS ) berterima kasih kepada kerajaan atas inisaitif pengambilan guru “one off” yang sememangnya dinanti-nantikan selama ini.
Timbalan Presiden Persatuan KGNS Haju Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, KGNS menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pengambilan Khas Guru secara one off bagi menampung kekurangan guru di negara ini.
“Ianya tindakan yang proaktif dibuat oleh kerajaan dan KPM untuk memenuhi kekurangan guru di sekolah-sekolah di negara ini.
Yazid berkata, memang kekurangan guru telah berlaku sekian lama yang menjadi bebanan sekolah-sekolah dalam melaksanakan pembelajaran yang berkesan.
Jelasnya, Sabah adalah antara negeri yang amat kekurangan guru khususnya sekolah-sekolah di luar bandar.
“Kita berharap agar pengambilan guru untuk ditempatkan di Negeri Sabah diberikan keutamaan anak-anak tempatan Negeri Sabah” katanya.
Yazid yang juga Pesara Perkhidmatan Pendidikan dan bekas Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Keningau berharap anak-anak Sabah yang mempunyai kelayakan mengambil peluang ini.
“Di masa dahulu bila dibangkitkan kepada pihak berkenaan kenapa anak-anak Sabah tidak ramai yang diambil sebagai guru, jawapan yang diberikan anak-anak Sabah tidak berminat di mana sedikit sahaja yg memohon menjadi guru” jelas Yazid lagi.
Justeru pada masa ini katanya, inilah peluang sekarang anak-anak Sabah sekarang dan memohonlah, jangan lepaskan peluang.