25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Anak Jawa Labuan rapatkan  silaturahim masyarakat keturunan Jawa

Gambar:JAWATAN PENAJA…. Abd. Ghani (duduk dua dari kanan) bersama barisan penaja  Persatuan Anak Jawa Labuan.

LABUAN: Selepas beberapa tahun tertangguh penubuhan Persatuan Anak Jawa Labuan, kini persatuan itu mula mengorak langkah  kehadapan  untuk mewujudkan sebuah persatuan yang aktif dan mampu memberi manfaat kepada ahli ahli dan  masyarakat keturunan  anak Jawa  yang terdapat di pulau ini.

Penubuhan Persatuan Anak Jawa Labuan yang telahpun didaftarkan dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS)  baru baru ini, diterajui oleh Abd. Ghani Paijan selaku Pengerusi Penaja persatuan itu.

Timbalan Pengerusi disandang oleh Jainudin Djimin, Setiausaha, Jamil Haji Kario, Timbalan Setiausaha, Niswati Tarji dan Bendahari disandang oleh Sukimin Wakiman.

Manakala empat AJK yang dilantik terdiri daripada  Suranto Rajimin, Sutarno Wario, Pahat Chalan dan Dasuki Haji Zainal.

Sementara itu, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik sebagai Penaung Persatuan tersebut.

Abd. Ghani  berkata, objektif utama  penubuhan Persatuan Anak Jawa Labuan  adalah untuk mempastikan aktiviti  yang dijalankan secara sah mengikut  peraturan dan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Pendaftaran.

“Saya berharap penubuhan persatuan ini mendapat sokongan daripada  masyarakat anak anak Jawa   Labuan sekaligus mendaftarkan diri  sebagai ahli” katanya.

Beliau berkata, usaha untuk mengadakan mesyuarat Agung akan di adakan selepas  jawatankuasa  penaja ini diluluskan oleh ROS untuk mengadakan mesyuarat Agung yang pertama.

Abd. Ghani turut menyeru kepada anak-anak keturunan Jawa yang terdapat di pulau ini  merapatkan saf dan meneguhkan silaturahim dan keharmonian bermasayarakat demi kebaikan  generasi anak anak Jawa yang ada sekarang mahupun generasi  yang akan mewarisi persatuan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN