SERAH….Norlina menyerahkan buku Tesis kepada Mariani (dua kiri) sambil diperharikan Raynie (kanan sekali)
LABUAN: Perpustakaan Awam Wilayah Persekutuan Labuan menerima sebuah buku berbentuk tesis bertajuk “Developing Labuan As An International Tourist Destination, Potential, Contraints And Processes.
Tesis tersebut dihasilkan pada tahun 2003 oleh seorang pelajar anak jati Labuan Norlina Datuk Mohd Din yang ketika itu sedang menuntut di Victoria University Of Wellington dalam bidang Pengurusan Pelancongan peringkat Master (Tourism Management).
Menurut Norlina kajian tesis berkenaan telah mula dihasilkan pada tahun 2001 sehingga tahun akhir 2003 untuk tujuan pengijazahan Master Tourism Management.
“Ketika saya belajar dulu, Labuan telahpun di berikan status sebagai pulau pelancongan dan ‘International Garden Island’ namun saya melihat tiada kesungguhan yang dilakukan oleh pelbagai pihak menyebabkan usaha menjadikan Labuan sebagai pulau pelancongan tidak mencapai matlamat.
“Berdasarkan kepada itulah timbulnya idea membuat kajian melalui tesis saya bagaimana Labuan boleh dibangunkan serta mengkaji punca kelemahan dan halangan yang perlu dibaiki bagi merealisasikan Labuan sebagai pulau pelancongan mampu menjadi realiti” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan tesis berkenaan di Perpustakaan Awam Labuan baru-baru ini.
BUKU… Tesis yang dihasilkan oleh Norlina
Majlis penyerahan tesis berkenaan diserahkan oleh Norlina sendiri kepada Penolong Pegawai Tadbir Perpustakaan Awam Labuan, Mariani And. Ghani.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Raynie Datuk Mohd Din.
Sementara itu, Mariani bagi pihak Perpustakaan Awam Labuan mengucapkan terima kasih kepada Norlina atas kesudian beliau menyumbangkan sebuah buku tesis yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar terutamanya kepada mereka yang sedang belajar di peringkat universiti dalam bidang pengurusan pelancongan.
TAMAT