26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perpaduan, Permuafakatan dan Keharmonian, ‘Tonik’ kemajuan sesebuah kampung.

Jasrin (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Jonathan(tiga  kiri) diperhatikan yang lain.

RANAU: Perpaduan, Permuafakatan dan Keharmonian merupakan ‘Tonik’ utama  bagi mewujudkan  kemajuan sesebuah kampung.

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata,  untuk memudahkan pihak kerajaan penyaluran projek pembangunan untuk rakyat perlu ada perpaduan dan keharmonian dikalangan  penduduk tanpa membezakan agama dan idologi politik.

“Saya berasa gembira penduduk di sini, sentiasa bersatu-padu dan bekerjasama serta mengekalkan persaudaraan sedia terjalin”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada Majlis Santai bersama penduduk Kg.Tungou di Dewan Mini Marandawi kampung itu baru-baru ini.

Terdahulu Pengerusi JPKK Kg.Tungou, Jumil Bin Roslie  dalam ucapanya mewakili  lebih 400 penduduk kampung itu mengajak penduduk agar menunaikan tanggungjawab memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Jonathan sebagai calon Parlimen Ranau pada PRU-15 akan datang.

Para wanita juga punyai peranan dalam aspek kemajuan serta keharmonian sesebuah kampung.

“Saya mengajak penduduk di kampung ini termasuk kaum wanita serta mereka yang sudah berumur 18 tahun dan ke atas agar membuat pilihan tepat bagi memilih Datuk Jonathan ‘prihatin rakyat’, jelas Jumil.

Jonathan seterusnya memaklumkan, pihaknya dan kerajaan akan menyalurkan pelbagai projek pembangunan yang benar-benar mendesak.

Katanya, peruntukan juga boleh diminta daripada  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kementerian Pembangunan Luar Bandar(KPLB) dan agensi-agensi kerajaan yang lain  dan bukan hanya bergantung peruntukan daripada Parlimen yang terhad,” jelasnya.

Pada program itu juga, Jonathan turut mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM1 ribu untuk program Wanita Kg.Tungou, RM2 ribu untuk pembaikan Sistem Perparitan kawasan kampung,  RM5 ribu (untuk Rela) dan RM20 ribu untuk jalan pertanian Kg.Tungou.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN