33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perpaduan, Keharmonian dan kebebasan beragama perlu sentiasa dijaga: Abdul Ghani

Ghani (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama umat Kristian daerah Nabawan yang mengikuti program ‘Walk For Jesus’.

NABAWAN: Perpaduan, Keharmonian dan kebebasan beragama di negara ini khususnya di Sabah perlu sentiasa dijaga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menekankan bahawa pentingnya perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan yang sedia terjalin negeri ini dijaga oleh segenap lapisan masyarakat di daerah ini.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kenajuan Tanah Negeri (LKTNS) berkata, demikian semasa melakukan pelepasan peserta program ‘Walk For Jesus’ bersempena bulan kebangsaan anjuran Majlis Gereja-Gereja Daerah Nabawan baru-baru ini.

Beliau hadir pada program itu bagi menyantuni masyarakati daerah Nabawan yang beragama Kristian.

Menurut Ghani, beliau sentiasa membantu apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana agama di daerah Nabawan termasuk agama Kristian.

“Walaupun kita berbeza agama dan berbilang kaum itu tidak menghalang kita untuk bersatu padu dan hidup harmoni” kata Ghani.

Justeru itu katanya, dalam kepelbagaian kaum dan agama amalan hormat menghormati itu perlu dikekalkan.

“Janganlah kerana perbezaan agama dan kaum masyarakat kita kuhusnya di daerah Nabawan ini berpecah-belah” tegasnya.

Pada masa yang sama Ghani memberikan sumbangan kewangan kepada Majlis Gereja-Gereja Kristian daerah Nabawan.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan Deckson Andipai, Pengerusi Majlis Gereja-Gereja Kristian Daerah Nabawan Pastor Peter Yohanes, Ketua Kawasan SIB Nabawan Ngiloh Epui dan pemimpin-pemimpin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN