27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Permuafakatan memantapkan persaudaraan, perpaduan

SELEMAT HARI JADIā€¦.Staf yang hadir bersama Datuk Jonathan (dua kanan) ketika acara meniup lilin Kek Hari Jadi Suzi (kanan) dan Misi (kiri).

RANAU: Permuafakatan bagi memantapkan persaudaraan dan perpaduan dikalangan staf sesuatu organisasi tanpa membezakan agama dan budaya adalah amat penting.

Sebagai contoh acara    mengadakan sambutan majlis ‘Hari Lahir’ (Hari Jadi) dikalangan staf meskipun secara sederhana namun amat bermakna kepada yang dirai apa tah lgi jika turut dihadiri ketua majikan mereka.

Seperti yang diadakan di Pejabat Khidmat Rakyat P.179 Ranau baru-baru ini mengadakan majlis sambutan melibatkan dua orang staf iaitu, Suzi Muyan dan Misi Sambulang bagi menyambut Hari Jadi mereka yang ke-43 dengan acara memotong Kek di  Dewan Mesyuarat Pejabat berkenaan dihadiri lebih 20 orang staf termasuk Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Suzi dan Misi ketika ditemui berterima kasih atas kehadiran rakan-rakan khususnya  Datuk Jonathan ke majis yang diadakan secara santai.

“Kami berterima kasih atas kehadiran rakan-rakan staf terutama kehadiran YB Datuk Jonathan dan mengharapkan majlis ringkas seumpama ini akan mengeratkan silaturrahim dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan kita semua.

“Disamping menjalankan tugas masing-masing jangan  kita lupa persaudaraan dan permuafakatan antara kita harus unggul selalu”tambah Suzi yang bertugas sebagai Setiausaha kerja Pejabat dan Misi sebagai Kerani  Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen  Ranau.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN