Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sehingga 15 Februari 2021: Kenny

Oleh: Salwah Aramat

Kenny..Pegawai JaPen Ranau

RANAU: Orang ramai yang berkelayakan masih boleh memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Februari 2021.

Pegawai Jabatan Penerangan (JaPen) Ranau, Kenny Thomas memberitahu, mereka yang layak boleh memohon dengan membawa Kad Pengendalan (Mykad) sah dan boleh datang ke Pejabat JaPen Ranau untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti komputer di Pejabat berkenaan secara percuma untuk tujuan melengkapkan borang permohonan menerusi talian Internet.

“Kita boleh membantu mereka yang tidak memahami bagaimana cara mengisi butiran yang dikehendaki dalam borang permohonan dengan lengkap menerusi talian internet (Online)”,jelas Kenny ketika ditemui di Pejabat JaPen Ranau.

Menurutnya, masih ramai yang belum memohon BPR itu disebabkan tidak mengetahui cara dan kurang maklumat mengenai permohonan kemudahan tersebut.

“Kita sedia membantu mereka dengan melengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang sebelum tarikh tutup permohonan”, tambah Kenny.