27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perlawanan Persahabatan SESB dengan Media Labuan  erat silaturahim

PERSAHABATAN… pasukan Media Labuan (merah) bersama pasukan SESB (jersey kuning)

LABUAN: Perlawanan Futsal  persahabatan  antara  SESB dan Persatuan Penggiat Media Labuan   mampu jalin hubungan silaturahim  yang lebih erat.

Perlawanan yang diadakan di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan, pada malam kelmarin menyaksikan kedua dua terikat  seri 5-5 dengan aksi permainan yang cukup menarik dan menghiburkan pasukan pelawat.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, perlawanan persahabatan itu bertujuan  untuk mengeratkan hubungan baik media dengan SESB.

“Perlawanan Futsal persahabatan bersama media  ini merupakan engagement SESB bersama Media bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin selama ini” katanya.

Beliau yang turut bermain pada malam itu  juga yakin melalui perlawanan persahabatan itu pihak SESB dengan pihak  media dapat menjalinkan kerjasama dalam menyebarluaskan maklumat mengenai perancangan  mahupun aktiviti yang dijalankan oleh SESB.

Dalam perlawanan itu, pasukan Media Labuan turut dibarisi oleh pemain dari RTM Labuan,  Jabatan Penerangan Labuan dan BERNAMA.

Perlawanan persahabatan itu turut dimeriahkan lagi dengan hadiah cabutan bertuah  untuk  pemain yang disumbangkan oleh SESB.

Hadir sama menyaksikan perlawanan persahabatan itu Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin dan beberapa pengurus kanan SESB Kota Kinabalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN