28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Perlawanan Boling Padang Perpaduan erat hubungan  penjawat awam dan swasta

PASUKAN Media A  (Tshirt puteh) bersama Media B yang menyertai perlawanan tersebut.

LABUAN: Perlawanan Boling Padang Perpaduan yang dianjurkan bersama Persatuan Lawn Bowls Labuan dan Perbadanan Labuan bukan sahaja berjaya mempromosikan sukan itu ke tahap yang lebih tinggi tetapi juga mampu mengeratkan perpaduan dikalangan penjawat awam dan pihak swasta.

Timbalan Presiden Persatuan Lawn Bowls Labuan, Hassan Jini berkata perlawanan yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan adalah salah satu inisiatif Persatuan Lawn Bowls  Labuan  mempromosikan sukan itu kepada masyarakat umum khususnya kepada peminat sukan boling padang di pulau ini.

“Selain itu ia bertujuan memberi pendedahan kepada warga Labuan   mengenai sukan  itu  yang telah banyak melahirkan pemain muda Labuan yang berkualiti sehingga mewakili negara ke peringkat kejohanan antarabangsa” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah perlawanan Lawn Bowls Perpaduan di Gelanggang Arena Boling Padang, di sini, pada Selasa,

Perlawanan tersebut telah disertaia sebanyak 13 pasukan yang melibatkan penyertaan dari agensi kerajaan, syarikat swasta    dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs).

Pada perlawanan ini pasukan  Petronas Metahnol Labuan (PML) muncul juara, diikuti Pasukan PDRM B di tempat kedua dan ketiga ILP A ketiga.

Persatuan Penggiat Media Labuan adalah antara dua pasukan yang menyertai perlawanan tersebut.

Lain-lain pasukan yang mengambil bahagian terdiri JBS (tiga pasukan), ILP (dua pasukan) PMC, PDRM (dua pasukan), PCM (dua pasukan) dan  LSE Sdn. Bhd.

TAMAT

GAMBAR

1.PASUKAN Media A  (Tshirt puteh) bersama Media B yang menyertai perlawanan tersebut.

2.JUARA…. pasukan PML menerima hadiah beerupa hamper daripada Hassan  (dua dari kanan).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN