28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perlawanan Bola sepak silaturahim, Pasukan SMK tewaskan PASUKAN SK

AKSI…Antara aksi mencemaskan dikalangan pemain berikutan padang becak -Foto oleh: Hamzan Jainudin

RANAU: Meskipun  padang becak berikutan hujan lebat sepanjang perlawanan, namun tidak menjejaskan prestasi pasukan  Sekolah Menengah untuk muncul Juara pada perlawanan Bola Sepak Silaturahim  Keluarga Pendidikan Daerah (PPD) di padang Majlis Daerah  (MDR)  di sini petang kelmarin (5 Disember).

SMK yang berjaya mengutip 9 mata  (mata jaringan) meletakkan pasukan Sekolah Rendah (SK) di tangga Naib Johan (6 mata), disusuli pasukan Armada Ranau (1 mata) dan tempat keempat disandang oleh pasukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga mengutip 1 mata.

Pegawai Pendidikan Daerah Ranau selaku Penaung Kejohanan, Majus Munsing dalam ucapanya sebelum penyampaian hadiah  merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan pasukan Armada Bahagian Ranau kerana menyertai kejohanan yang diadakan itu meskipun  dalam keadaan cuaca tidak menentu dan masih dalam suasana mengekang pandemik Covid-19.

“Apa yang penting dalam kejohanan  seumpama ini ialah ikatan perpaduan, persaudaraan dan hubungan silaturrahim antara kita tetap teguh dan kekal mesra serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan”, jelas Majus.

Rosdi (kiri) menyampaian hadiah kepada pasukan yang menang diperhatikan Majun (dua kanan) dan Markus (kanan).-Foto oleh: Hamzan Jainudin

Beliau yang juga Penaung Bole Sepak Pendidikan Daerah Ranau memaklumkan perlawanan  bola sepak Silsturahim keluarga pendidikan daerah itu dianjurkan bersama Bersatu Bahagian Ranau bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta  mengeratkan hubungan Silaturahim antara komuniti PPD, sekolah-sekolah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar.

Menurut Majus program ini juga sebagai satu amalan ‘Team Work’ yang padu antara organisasi selain persediaan pasukan Bola Sepak pendidikan ke arah yang lebih proaktif.

Hadir sama dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah, Ketua Armada Bahagian yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Karanaan, Rosdi Abd.Ghani sementara antara ratusan penonton yang hadir   ialah PPM Paginatan Hisyamuddin Bin Harun dan Pengerusi  Pengetua Daerah Ranau yang juga Pengetua SMK.Timbua dan turut menyertai pasukan SMK ialah, Markus Shapie.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN