33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PERLAWANAN BOLA SEPAK AMAL ANTARA SAFA DAN RBKK

KENANGAN..Kedua dua pasukan bergambar kenangan sebelum perlawanan bermula.

Kota Kinabalu: Pengurusan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengadakan perlawanan amal menentang pasukan Referee Bandaraya Kota Kinabalu (RBKK) di pejabat SAFA, kelmarin.

Perlawanan membabitkan petugas pengurusan SAFA dan pengadil bandaraya ini antara lain bertujuan mengutip derma untuk disumbangkan kepada Ardi Sida, pengadil kebangsaan dari Sabah yang dilaporkan baru saja kehilangan bapanya, baru-baru ini.

Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom berkata, matlamat penganjuran perlawanan persahabatan amal ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan bersama dalam kalangan petugas sukan bola sepak di Sabah.

Katanya, ia secara tidak langsung dapat membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

ā€œPerlawanan ini juga penting dalam membina hubungan yang baik antara SAFA dan masyarakat.

ā€œIa juga sebagai penghargaan kepada sumbangan yang dicurahkan Arbi, dalam perkembangan sukan bola sepak di negeri ini,ā€ katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan, malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi RBKK Majid Madarin berkata, sumbangan amal ini adalah salah satu usaha membantu rakan yang sedang dalam kesusahan.

Katanya, dalam perlawanan itu sebanyak RM550 berjaya dikutip dan seterusnya disampaikan kepada beliau selepas selesai perlawanan yang berkesudaham dengan keputusan 7-5 yang dimenangi RBKK.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN