SIAP SIAGA…Romzie (mencangkung kiri sekali) bersama sebahagian pasukan Clasico Ranau.
RANAU: Orang ramai di daerah ini dipelawa hadir menyaksikan perlawan Bola Sepak Amal antara pasukan Clasico Ranau menentang pasukan Telipuk di padang Majlis Daerah Ranau (MDR) pada 4 Disember bermula 3.00 petang.
Presiden Kelab Bola Sepak Clasico Ranau, Romzie Bin Muhamad memberitahu, perlawanan amal itu diadakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Andrew Chin Chung Chiaw@ Hoteg yang kini mengidap penyakit Strok@angin ahmar dan kini tinggal di rumah kediaamanya di Kg.Muhibah Ranau.
Menurut Romzie Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Pembangunan Perindusterian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.36 Kundasang Datuk Dr.Joachim Gunsalam antara tetamu jemputan yang dijangka hadir menyaksikan Perlawanan Amal tersebut.
“Kita mengharapkan orang ramai supaya hadir menyaksikan perlawanan amal itu sambil menderma dan jangan lupa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19”, tambah Romzie.