26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perlantikan Ismail sebagai TPM dan Hishamuddin sebagai Menteri Kanan adalah tepat pada waktunya: KGNS

Yazid (gambar)..Rakyat memerlukan pemimpin-penimpin yang membantu memulihkan ekonomi dan kesihatan  rakyat.

KENINGAUļ¼šPersatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah  (KGNS) menyifatkan Perlantiakan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan mengekalkan portfolio sama, Dan  Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri  Kanan  Menteri luar dan Ketua Kluster Keselamatan serta tugasnya membantu Perdana Menteri untuk pelan pemulihan negara adalah  sangat tepat pada masanya.

Timbalan  Presiden KGNS Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik berkata, kedua-duanya mempunyai  cukup berpangalaman. 

Haji Yazid berkata, KGNS mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya dan semoga dapat melaksanakn amanah yang digalas.

ā€œDengan perlantikan tersebut dapatlah membantu  Perdana Menteri dalam mengurus negara dan rakyat untuk memulihkan ekonomi negara dan menghadapi ancaman Pandemik Covid19.  

Tahniah juga kepada Perdana Menteri atas tindakan yang bijak. Inilah masa terbaik bagi   semua pemimpin bersatu dan  fokus bekerja menumpukan semua keutamaan negara dan rakyatā€ katanya.

Beliau berkata, takyat sekarang memerlukan pemimpin-pemimpin tidak kira diblok kerajaan dan bukan kerajaan bersatu untuk membantu Perdana Menteri dan kabinetnya dalam memulihkan ekonomi dan kesihatan serta keselamatan rakyat. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN