SIMBOLIK…. Ah Ling (kanan) ketika menyerahkan kotak pembungkus makanan di Hospital Nukleus Labuan, pada Isnin.
LABUAN:Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Islam Sabah (PERKEBAS) Ranting Wilayah Persekutuan Labuan menyumbangkan sebanyak 4,500 kotak dan 20 pembungkus plastik makanan kepada Hospital Labuan yang diadakan pada Isnin.
Majlis penyerahan sumbangan itu telah di sampaikan oleh Pengerusi PERKEBAS Wilayah Persekutuan Labuan Ahyanda Ah Ling @ Asyahruddin Thien Abdullah kepada Cik Suhailah Hamzah mewakili Unit Diatetik dan Sajian Hospital Nukleus.
Menurut Ah Ling sumbangan tersebut turut mendapat kerjasama daripada Eight Demon Motor Club bagi membantu mangsa mangsa COVID 19 yang menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Labuan.
Dalam perkembangan yang lain Ah Ling berkata, PERKEBAS Labuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) akan melaksanakan kerja amal nyah kuman (sanitasi) seluruh masjid dan surau yang di bawah salian JAWI.
“Kami berterima kasih kepada JAWI kerana membenarkan kami untuk melaksanakan kerja amal sanitasi seluruh masjid dan surau yang dibawah selia JAWI yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
“Usaha murni itu bertujuan membantu pihak jawatankuasa masjid dan surau dalam membendung dan membasmi wabak pendamik COVID 19 daripada terus merebak di kawasan masjid dan surau” katanya.
SIMBOLIK…. Ah Ling (kanan) ketika menyerahkan kotak pembungkus makanan di Hospital Nukleus Labuan, pada Isnin.