25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PERKEBAS Labuan sserah sumbangan Naskah Al-Quran untuk PPSKP

Gambar: RINA Ardiani (tiga dari kiri) menerima secara simbolik nashkah Alquraan dari Batrisya yang mewakili PERKEBAS.

LABUAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Islam Sabah (PERKEBAS) ranting  Wilayah Persekutuan Labuan menghulurkan sumbangan 30 buah  nashkah Al-Quran untuk Pusat Pengajian Saudara Kita (PPSK),  Jabatan Agama Islam Wilayah Perekutuan (JAWI).

Majlis ringkas penyerahan simbolik   nashkah Al-Quran itu disampaikan oleh ahli PERKEBAS Batrisya Benedict@ Carroline  kepada Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Pwersekutuan (JAWI), Rina Ardiani Rahmadji di Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, pada Jumaat.

Sementara itu Rina mengucapkan terima kasih kepada PERKEBAS atas sumbangan 30 nashkah Al-Quran tersebut yang akan digunakan untuk membantu pelajar  kelas bimbingan Al-Quraan saudara kita.

Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan itu, Pengerusi PERKEBAS Labuan, Asyahrudin Thien Abdullah@ Ah Leng.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN