25.6 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perhimpunan, Sambutan Ma’al Hijrah 1446H di Papar Ahad Ini

Jumain ketika ditemui media

KOTA KINABALU: Umat Islam dipelawa mengimarahkan Majlis Perhimpunan dan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1446H/2024 di Dewan Masyarakat Papar, Ahad ini.


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jumain Abdul Ghani berkata pelbagai program lain telah disusun sempena sambutan tahun baharu Islam itu.


“Sabtu ini akan diadakan Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun 1445H dan Awal Tahun Baharu Hijrah 1446H di Masjid Negeri disusuli dengan ceramah yang akan disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.


“Manakala, di peringkat sambutan pada hari Ahad, ceramah akan disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Pahang, Datuk Badli Shah.


“Pada sambutan di Papar nanti, beberapa anugerah akan disampaikan antaranya Tokoh Ma’al Hijrah, Anugerah Khalid Ibn al-Walid, Anugerah Abdul Rahman Auf dan dua anugerah khas iaitu anugerah Pengurusan Cemerlang Ar-raudah (Taman Perkuburan Islam) dan Anugerah Pengurusan Cemerlang Surau Agensi.


“Selain itu, Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni juga akan ke Hospital Papar dalam Program Ziarah Hospital Kelahiran Bayi Hijrah dan program ini merupakan acara yang diadakan setiap tahun,” katanya ketika ditemui media selepas sesi kunjungan hormat terhadap yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.


Jumain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Sambutan 

memaklumkan dianggarkan sekitar 4,000 umat Islam akan hadir memeriahkan sambutan berkenaan.
Turut hadir, 

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS, Ag. Juri Ag. Tahir.-PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN