Pengerusi penganjur, Haji Hadi Haji Sabalas (duduk tiga kiri) dan Aswadee Haji Ahok (duduk empat kanan) bersama ahli keluarga Datuk Lasim.
SIPITANG: Keluarga Lasim mencatat sejarah apabila kali pertama telah dapat mengadakan perhimpunan keluarga pada Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.
Maklumat keluarga ini telah dikumpul sejak tahun 2015 lagi.
Keluarga ini yang mengandungi lebih 300 orang ahli meliputi 53 keluarga dari tiga generasi bagi meraikan nilai kekeluargaan dan mengeratkan silaturahim telah diadakan di rumah keluarga Perali di Kampung Berambai pada bulan lepas.
Program buat pertama kali itu telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang ahli keluarga yang telah dicetuskan Aswadi Ahok, Hajah Masrah Ahok, Hajah Jamaidah Yahya dan Haji Hadi Sabalas.
Aswadi Haji Ahok berkata, mereka telah berhasrat dan merancang untuk mengadakan perhimpunan keluarga ini lebih awal lagi.
“Alhamdullilah Aidil Adha pada tahun ini menyatukan kami semua,”katanya.

Dari kanan Samat Haji Ahok, Alihi Haji Asimi, Lahat Haji Ahok, Haji Hadi Haji Sabalas, Salleh Haji Jaini, Abu Lasim, Aswadee Haji Ahok dan Awang@Idal Haji Junut.
Namun demikian, itulah hasrat keluarga Datuk Lasim untuk membina ikatan kekeluargaan antara generasi yang kukuh yang bermula dari Datuk Lasim dan Hajah Jaidah.
Walaupun perhimpunan kali ini bukan semua yang dapat hadir, Aswadi mengharapkan perhimpunan keluarga akan datang akan mendapat sambutan yang lebih ramai dan meriah lagi.
Bagi Hajah Jamaidah, perhimpunan keluarga Datuk Lasim ini adalah satu medan mereka untuk berkenalan dengan keluarga yang lain dan ada di antaranya tidak mengenal bahawa mereka sebenarnya bersaudara terutama generasi yang muda.
Hajah Jamaidah Yahya berkata perhimpunan keluarga ini mengumpul ahli keluarga dari bayi berumur 5 bulan hingga 74 tahun.
Katanya, kaum keluarga ini datang dari daerah Sipitang meliputi Kampung Naluyan, Kampung Mesapol, Kampung Lalang, Kampung Pelakat, Kampung Berambai dan Kampung Sapok.
Manakala dari Labuan, Kampung Durian Tunjung, Kampung Sungai Bedaun dan Kampung Pantai.
“Keluarga ini juga datang dari Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Kepayan, Kinarut dan Sepanggar.
“Perjumpaan ini diadakan di Kampung Berambai, Sipitang oleh Keluarga Perali iaitu Hajah Imsih Perali (sudah meninggal dunia),”katanya.
Hajah Masrah Haji Ahok yang merupakan kakak tertua berharap perhimpunan keluarga ini memberi peluang mereka untuk mengenali semua ahli keluarrga dari empat generasi dan mengeratkan silaturahim generasi tua dengan generasi muda.
Bagi Haji Hadi Haji Sebalas selaku pengerusi penganjur berharap semoga perjumpaan ini juga mencetus idea, bantu-membantu, berkolaborasi, bertukar pendapat dan memahami bahawa ikatan persaudaraan dan keluarga amat penting dalam membangunkan individu yang berdaya tahan dan penyayang.
“Kami mahu generasi muda. anak cucu cicit kita tahu bahawa kita adalah satu rumpun yang sama iaitu keluarga Lasim,”katanya.
Awang@Idal yang datang dari jauh menyatakan kesempatan ini tidak mereka sia-siakan kerana pertama kalinya bersua muka dan mengharapkan anak-anak beliau dapat terus menjaga hubungan kekeluargaan ini dengan baik.
Salasilah Lasim adalah keturunan Kedayan yang bermula dari Datuk Lasim dan berkahwin dengan Hajah Jaidah.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Mansor, Atau, Perali dan Judah.
Mansor pula dikurniakan dengan seorang anak, Atau (lima orang anak), Perali (dua orang anak) dan Judah (tiga anak) dan seterusnya generasi Datuk Lasim terus berkembang hingga anak cucu cicit.
Perhimpunan keluarga Datuk Lasim didahului dengan bacaan doa untuk Datuk Lasim dan Hajah Jaidah serta ibu bapa yang telah tiada.
Mereka berharap hubungan kekeluargaan akan sentiasa berpanjangan seperti mana pesanan ibu bapa mereka ingati dan sentiasa membantu semua saudara dalam keluarga sendiri.