27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perhatian dan khidmat saya kepada rakyat tidak berubah: DSP Masidi Manjun.

RANAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N30 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata, perhatian dan khidmat beliau kepada rakyat dalam kawasannya tidak pernah berubah, sungguhpun tidak lagi menjawat jawatan menteri dalam Kabinet Negeri Sabah.

Katanya, rasa tanggungjawab dan perjuangan demi meneruskan kesinambungan usaha membela rakyat  merupakan elemen utama yang sentiasa menjadi fokus beliau sejak dipilih menjadi wakil rakyat Karanaan pada tahun 2004 sehingga kini.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih, amanah tersebut perlu saya galas dengan penuh tanggungjawab berkerja untuk rakyat agar kawasan Karanaan tidak ketinggalan dari aspek pembangunan.

“Selama ini, keluhan serta aspirasi rakyat di kawasan Karanaan sentiasa diberi perhatian malah menjadikannya sebagai keutamaan saya,”  katanya yang juga mantan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Lawatan Muhibbah bersama penduduk sekitar Mukim Tungou, bertempat di Dewan Kampung Tungou baru-baru ini.

Menurut beliau, pelobian pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Muzium Tamadun Dusun Liwan dan  bina semula Masjid Ar-Rahman pekan Ranau. adalah merupakan sebahagian daripada usaha beliau bersama pemimpin-pemimpin lain.

Katanya, usaha itu bukanlah bermotifkan keuntungan tetapi adalah sebagai legasi pembangunan kepada masyarakat di daerah ini.

Pada majlis itu, Masidi yang juga Timbalan Penyelaras Pimpinan Bersatu (PPBM) Negeri Sabah menzahirkan rasa  syukur dengan perkembangan parti itu di Ranau yang semakin mendapat tempat dikalangan anak-anak muda.

“Saban hari Parti Bersatu (PPBM) Ranau menerima kemasukan ahli-ahli baharu dari pelbagai peringkat di daerah ini termasuklah dalam kalangan generasi muda. 

“Mereka ini terdiri daripada kumpulan anak-anak muda yang mempunyai latar belakang  berbeza, minda luas dengan pemikiran terbuka.

“Keanggotaan mereka dalam sayap Armada Bersatu (PPBM) Ranau adalah disebabkan rasa percaya mereka kepada parti yang mempunyai halatuju yang jelas,” katanya.

Sungguhpun demikian, beliau yang juga merupakan Ketua Penaja Pimpinan Bersatu (PPBM) Bahagian Ranau menegaskan bahawa, PPBM Ranau akan tetap konsisten dalam membela nasib rakyat dan sama sekali tidak akan berkompromi dalam sebarang isu yang akan merugikan rakyat.

Dalam majlis itu juga, Masidi turut menerima borang kemasukan ahli baru PPBM seramai 150 orang dari Cawangan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tungou yang serahkan Jasrin Simin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Penaja PPBM Ranau,  Michal Yahya Dunggi, Naib Ketua Penaja Bahagian, Johari Suhaimin, Ketua Penaja Srikandi, Datuk Amisah Yassin, Ketua Penaja Armada, Rosdi Abdul Ghani, Datuk Hj Saprin Karim, Ketua Penaja Cawangan PPBM Tungou, Jasrin Simin dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN