26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri tunjang pengukuhan UMNO Labuan

BASHIR (dua kanan) bersama  Niswati (kanan sekali), Musa dan Jura’adhiyah pada Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Labuan.

LABUAN: Tiga sayap parti UMNO Bahagian Labuan membabitkan  Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menjadi tunjang dan pendokong kepada pengukuhan parti UMNO  Bahagian Labuan.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias berkata demikian kepada pemberita  selepas merasmikan Mesyuarat serentak Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Labuan yang diadakan di Desa Tunas Hijau, dekat sini, pada Ahad.

Beliau berkata pergerakan sayap  berkenaan merupakan nadi penting untuk memenangi hati rakyat di peringkat akar umbi.

“Selain itu, mereka juga mampu mendekati dan mempengaruhi pengundi baharu berumur 18 tahun yang bakal menjadi pemilih pada PRU15 akan datang” katanya.

SEBAHAGIAN perwakilan Puteri UMNO Labuan yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Beliau berkata  berdasarkan daftar pemilih  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  terdapat pertambahan  pengundi  baharu (muda)  yang dianggarkan lebih 17,000 pengundi menjadikan jumlah keseluruhan pemilih di Labuan  melebihi  43,000 orang dan  layak mengundi pada PRU 15.

Dalam waktu yang sama Umno Bahagian Labuan akan terus bekerjasama dengan sayap bagi memastikan parti  keramat orang Melayu ini masih relevan  khususnya dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bajahagian, Datuk Khalid Abd. Ghani, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Musa Basman dan Ketua Puteri Bahagian, Jura’adhiyah Dr Harun Pudin.

Turut hadir, Setiausaha UMNO Bahagian Labuan, Mohd Dzulfaizal Abd. Manan dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Sahari Amdan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN