30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) bakal diwujudkan di Sook

Ellron (duduk tiga dari kanan)bersama rombongan dan pemimpin persatuan bergambar kenangan dengan ahli-ahli persatuan.

SOOK:Perbadanan Pinjaman Sabah (Sabah Credit Corporation)bakal diwujudkan dalam masa terdekat di Daerah Kecil ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sook Datuk Ellron Alfred Angin.

Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan berkata pengwujudan perbadanan  pinjaman itu adalah untuk memudahkan akses peminjaman sumber kewangan yang berdaftar terutamanya di kawasan Sook.

Beliau memaklumkan perkara itu semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Sook ke 8 dan 9 di Tamu Sook pada Sabtu.

“Ini adalah usaha saya dengan kerjasama Sabah Credit Corporation (SCC) yang bakal memberi manfaat kepada ratusan  penjaja bumiputera di Sook” tambah Ellron.

Sehubungan dengan ini Ellron menyeru kepada semua peniaga khususnya ahli persatuan agar terus merebut peluang perniagaaan seperti pinjaman atau insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Para peniaga perlu manfaatkan peluang serta kemudahan yang ada untuk mengembangkan perniagaan. Jadilah seorang peniaga yang inovatif dan kreatif dalam dunia perniagaan” tambahnya.

Disamping itu katanya, rebutlah manfaat dan kemudahan kewangan seperti insentif dan pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Pada masa sama Ellron turut menyeru kepada para peniaga kecil bumiputera agar tidak hanya tertumpu kepada satu-satu produk sahaja sebaliknya mempelbagaikan perniagaan.

“Saya berharap anda semua sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mempelbagaikan produk jualan anda, tidak hanya tertumpu kepada satu-satu, kerana dunia perniagaan hari ini adalah sengit  dan peniaga dituntut untuk sentiasa kreatif dan inovatif dalam memenuhi keperluan semasa” tegas Ellron.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Sook Rusinin Rasiman berkata, persatuan tersebut yang  ditubuhkan pada tahun 2013 kini mempunyai keahlian berdaftar 252 orang dengan sebanyak 320 lesen penjaja telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Keningau.

Pada masa sama Rusinin turut memaklumkan bahawa tapak menjaja di tamu Sook sudah penuh.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Belia Dan Sukan Jre Jreneus Pagut dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Sook Tony Talasoi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN