25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perbadanan Labuan terima 2,672 set makanan untuk keluarga terkesan PKP

Oleh: JD

LABUAN: Perbadanan Labuan menerima sebanyak 2,672 set makanan untuk diagihkan kepada 3,900 keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Osman berkata, sejak 5 April lalu, pihaknya telah menerima sebanyak 2,672 set makanan sumbangan daripada beberapa agensi kerajaan dan sektor swasta untuk diagihkan kepada 3,900 keluarga yang telah memohon untuk mendapatkan bantuan makanan akibat terkesan dengan PKP.

AGIH… Anggota Pertahanan Awam bersama angota Sukeralwan Malaysia (RELA) membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bantuan bakul makanan kepada warga emas di beberapa kampung di sekitar Labuan.

“Setakat ini kita telah berjaya menyerahkan bantuan itu kepada 1,700 keluarga dan selebihnya akan diagihkan dalam waktu terdekat” katanya ketika ditemui media di Pusat Kawalan Operasi Bantuan (PKOB) Covid 19 di Wisma Perbadanan Labuan, pada Selasa.

Terdahulu sebelum itu Dr. Fary yang juga Pengerusi Bencana Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan menyampaikan bantuan topeng muka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan sumbangan daripada China Contruction Bank Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dr. Fary turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa agensi kerajaan dan swasta yang telah menghulurkan bantuan antaranya Agensi Pertahanan Awam (APM), Pejabat Ahli Parlimen, Perbadanan Labuan, NADMA, JKM, Kementerian Kewangan, Labuan Gelsoft Komuniti, Labuan FSA, Gereja, dan Pertubuan Sukarelawan dan Kebajikan Third Force Labuan.

SERAH….Dr. Fary menyerahkan secara simbolik topeng muka kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ansharey Matarsad.

Dalam perkembangan yang sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan juga telah menerima sebanyak 1,600 bantuan bakul makanan sumbangan daripada Kementerian Kewangan untuk diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, orang kurang kelainan (OKU) dan ibu tunggal

Pengarahnya, Ansharey Matarsad berkata, pihaknya juga masih lagi menerima permohonan baharu untuk golongan tersebut yang akan menerima bantuan dalam bentuk makanan keperluan harian. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN