31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Perang Dunia Kedua terus menjadi ingatan masyarakat di negeri ini

Fredoline (kiri) bersama Yazid turut membawa bunga sebagai tanda memperingati mangsa perang.

KENINGAU: Perang Dunia Kedua terus menjadi ingatan masyarakat di negeri ini dan tidak terkecuali daerah Keningau di kawasan Pedalaman terutama bagi waris-waris mangsa yang terkorban dalam perang.

Sehubungang dengan itu satu upacara memperingati mangsa-mangsa Perang Dunia Kedua di Tugu Peringatan Keningau telah diadakan baru-baru ini dekat sini.

Upacara itu dimulakan dengan lagu Kebangsaan seterusnya tiupan ‘Last Post’ oleh pancaragam dari Sekolah Menengah (SM) Ken Hwa Keningau, kemudian disusuli upacara bertafakur selama seminit dan meletakkan Jambangan bunga di tugu peringatan.
 
Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik diwakili kakitangan pejabat Unit Pegawai Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor Fredoline Tad Abin.

Turut mengiringi Fredoline semasa upacara itu yang diadakan Tugu Peringatan Keningau Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Yazid Mohd Hasnan Tawik @Charles.

Hadir sama dalam upacara itu, Konsul Jeneral Republik China, Dr.Huang Shifang; Ketua-Ketua Masyarakat Cina dari Daerah Keningau, Kota Kinabalu dan Tawau; Pegawai Daerah Keningau; Ketua Polis Daerah Keningau; Ketua RELA Daerah Keningau; wakil pejabat ADUN Bingkor dan pejabat ADUN Liawan serta Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau.

Selain itu, wakil-wakil daripada Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Keningau; Persatuan-Persatuan Cina; Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Keningau; Guru-guru dan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina turut hadir dalam upacara berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN