Arthur (empat dari kiri) menyampaikan cek kepada salah seorang Pengerusi KRT pada majlis itu.
KENINGAU:Peranan Kawasan Rukun Tentangga (KRT) sebagai agen pepaduan dalam komuniti berbilang kaum dan kepercayaan amat penting.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup, berkata selain agen perpaduan, setiap KRT juga perlu proaktif dalam menganjurkan pelbagai program di peringkat akar umbi.
“Hal ini penting demi memastikan pengwujudan KRT memberi impak yang besar dalam kalangan komuniti setempat yang berbilang kaum dan kepercayaan” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Perpaduan Pedalaman Atas Dan Penyerahan Cek Kepada sembilan Buah KRT Mukim Dalit di salah sebuah hotel terkemuka di sini pada Jumaat.
Justeru itu katanya, KRT yang telah diwujudkan dalam komuniti setempat haruslah memainkan peranan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan.
Mengulas berkenaan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Dalit, yang sudahpun diluluskan oleh Kerajaan terdahulu Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pelaksanaan pembinaannya dijangka akan bermula apabila keadaan ekonomi mengizinkan dan pandemik COVID-19 berakhir.
“Akibat pendemik COVID-19, banyak perkara perlu diambil kira oleh pihak kerajaan sebelum melaksanakan sebarang pembangunan” katanya.
Pada masa sama Arthut menggesa kepada semua pemimpin masyarakat seperti Pengerusi KRT memainkan peranan utama menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan SOP PKPB semasa COVID-19 dan pematuhan norma baharu.
Pada majlis tersebut, Arthur turut menyampaikan cek untuk sembilan buah KRT iaitu KRT Kahaba, Dalit Station, Malaing, Bonor, Sanang, Dalit Gana, Punggol, Kahaba bagi Mukim Dalit dan KRT Singah Mata dalam Mukim Ansip.
Beliau berharap ,sumbangan ini digunakan sebaiknya oleh KRT berkenaan.
Selain itu, Arthur turut menyampaikan sumbangan Cek kepada Gereja RC Kampung Kahaba dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Nabawan.
Hadir sama Pegawai Perpaduan Zon Pedalaman Atas John Aping, Pegawai Perpaduan Daerah Nabawan/Sook Madevan Makandran dan Pengerusi-Pengerusi KRT Mukim Dalit dan Ansip.