Saltiah (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Jonathan diperhatikan yang lain.
RANAU:Peranan komuniti dan persatuan bukan kerajaan (NGO) adalah amat penting bergading bahu dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi membendung gejala penagihan najis dadah dikalangan belia-biawanis setempat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, untuk membendung gejala penagihan dadah dikalangan belia hendaklah menerusi kolebarasi kerjasama semua pihak dan bukan hanya menuding jari kepada pihak kerajaan.
Jonathan yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau menyatakan demikian ketika berucap pada program ‘Permuafakatan Ke Arah Kesejahteraan serentak Perasmian Kelab Komuniti Rakan Prihatin Kg.Kinapulidan terletak 6 kilometer dari pekan Ranau baru-baru ini.
Program yang julungkali diadakan itu merupakan satu catatan sejerah tersendiri Kg.Kinapulidan kerana bakal menjadi pusat koloberasi kepada
4 buah kampung lain iaitu, Kg. Lipoi, Rugading,
Kigiok dan Badukan untuk mengelola bersama aktiviti berfaedah terutama bagi menangani gejala tidak sihat melanda golongan belia seperti penyalahgunaan najis dadah.
Perasmian kelab itu, telah disempurnakan Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Ranau, Hazrie Bin Attin yang mewakili Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Bin Sikin yang hadiri bersama ratusan penduduk dari lima buah kampung terlibat.
Hazrie dalam ucapannya pula memuji penduduk Kg.Kinapulidan kerana memberi kerjasama kepada AADK Ranau membentuk Majlis Muafakat Ke Arah Kesejahteraan dan Kelab Komuniti Rakan Prihatin, yang merupakan suatu langkah positif sebagai benteng para belia daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah yang merupakan ‘Musuh Nombor 1 Negara’.
“Program ini merupakan aktiviti berfedah
untuk memupuk kesedaran kepada komuniti terhadap bahaya Dadah”, jelas Hazrie.
“Dengan adanya komitmen dan kerjasama yang baik dikalangan semua pihak maka semua acara berjalan lancar dan teratur khususnya bagi menangani gejala penagihan dadah dikalangan belia “, jelasnya.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena program tersebut anjuran bersama Kelab Komuniti Rakan Prihatin dan Skuad Antidadah daerah Ranau, termasuklah Pameran, Saringan Kesihatan percuma yang dikendalikan Jabatan Kesihatan Daerah Ranau, dengan kerjasama 13 Pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), KKIA Ranau, KOSPEN Ranau Pameran dan Jualan oleh penduduk, Pertandingan Ratu Comel Kanak-Kanak dan banyak lagi.
Turut berucap ialah, Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Saltiah Haji Mohd Nasir Pengerusi JPKK Kg.Kinapulidan Narkibin Bin Haji Mohd.Nasir mewakili penduduk dari 5 buah kampung, manakala hadir sama ialah, Pegawai Pembangunan Luar Bandar (Persekutuan), Sabdin Bin Rijin, Pegawai Pemantau Projek Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Dominik Kasuman, Hussen Bin Haji Jirat Setiausaha Sulit (Kanan) Datuk Jonathan, rombongan daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dan Ketua Adat Kg.Kinapulidan, Ismail bin Galibin.
           Â