30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peranan guru kini terus mencabar: Robert Tawik

Robert menyampaikan hadiah anugerah tokoh guru kepada Tan Choong How.

KENINGAU: Peranan guru hari ini terus mencabar dalam memastikan modal insan yang bakal menjadi pelapis kepimpinan dan masa hadapan negara.


Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik berkata kemajuan dalam era dunia globalisasi mengajak semua pihak khususnya warga pendidik yang sentiasa komited dalam memberikan pengajaran dan pembelaajaran terbaik kepada anak didik sejak alam sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.


” Tema hari guru tahun ini guru tunjang sekolah sejahtera amat bertepatan dengan usaha para guru dalam menunaikan tanggungjawab mendidik dan membimbing murid yang memenuhi matlamat dan falsafah pendidikan negara melahirkan modal insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek” katanya ketika.berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Keningau 2022 di Dewan SJKC Yuk Yin dekat sini.

Robert memalu gong perasmian sambutan Hari Guru Daerah Keningau 2022.


Pada masa sama, Robert yang juga ADUN N40 Bingkor merakamkan pemghargaan kepada seluruh warga pendidkan daerah ini, yang terus komited dan menghasilkan pelbagai kecemerlangan sekolah,pelajar khususnya dalam bidang akademik dan pelbagai kejayaan sekolah didaerah pedalaman diperingkat negeri kebangsaan dan antarabangsa.


Sempena majlis itu, bekas Guru Besar SJKC Yuk Kong Encik Tan Choong How dinobatkan sebagai Tokoh Guru, manakala Bekas Guru Besar St Francis Xavier Keningau Puan Helena Edirin dianugerah Tokoh Kepimpinan, atas kecemerlangan sepanjang tempoh berkhidmat sebagai guru dan Guru Besar.


Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Keningau Masly Wahip, Kapitan Liew Keat Lim, para Pengetua ,Guru Besar dan Warga pendidikan sekitar daerah Keningau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN