Peranan anggota RELA dalam menjalankan tugas dihargai

Home Tempatan Peranan anggota RELA dalam menjalankan tugas dihargai
Peranan anggota RELA dalam menjalankan tugas  dihargai

Para anggota Rela yang berugas di PPV Dewan Masyarakat Ranau, merakam gambar sebelum bertugas.

RANAU: Peranan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan kepada mereka amat disanjung tinggi dan dihargai.

Tinjauan penulis ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau mendapati peranan dan fungsi 8 angota Rela  menjalankan tugas penting mereka mengawal dan memantau pergerakan orang ramai terutama pematuhan SOP yang ditetapakan  seperti pemakaian  pelitup separuh muka, penjarakan fizikal, menyukat suhu selain menyusun lajur orang ramai yang bakal menerima suntikan vaksin.

Para anggota Rela yang bertugas semuanya berpakaian kemas sebagai anggota Rela  segak penuh disiplin  menjalankan tugasa  masing-masing di bawah seorang Penyelia kesuruhan,    Drunie Lothew sebagai mengetuai penugasan di PPV dewan masyarakat Ranau sejak April 2021.