Robert (kiri depan) bersama rombongan semasa melawat kerja penyelanggaraan tebing sungai Sasaie.
KENINGAU: Penyelanggaraan dan meluruskan tebing sungai yang berliku-liku perlu dijalankan dari masa ke semasa bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, kebanyakan kampung yang berhampiran sungai dan anak sungai yang berliku-liku sering dilanda bajir kilat apabila hujan berterusan.
“Ini disebabkan aliran sungainya tidak lancar dan melimpah terutama di kawasan rendah” katanya selepas melawat kerja penyelanggaraan tebing sungai Sasaie di Kampung Sasaie” hari ini (Selasa).
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, penyelenggaran tersebut dibuat bagi melancarkan laluan air apabila berlaku hujan lebat di masa akan datang.
Pemilik tanah yang dilalui oleh anak sungai itu, Puan Margaret Tambakau mengucapkan terima kasih kepada Robert atas bantuan membaiki struktur anak sungai tersebut dan membantu urusan permohonan bagi pembinaan tembok gabion daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Keningau
Dalam lawatan itu Robert diiringi oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred dan staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor.