30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penjawat awam negeri dapat Bantuan khas RM1,000 sempena Aidilfitri dan Kaamatan: Masidi

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri meluluskan pemberian Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan tahun ini.

Berita gembira itu umumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun menerusi satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, keputusan ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk mensejahterakan penjawat awam serta menghargai sumbangan mereka.

“Bantuan khas ini akan diberikan dalam dua fasa, iaitu RM500 sebelum Hari Raya Aidilfitri dan RM500 lagi sempena Pesta Kaamatan

“Keputusan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah.” Katanya.

Masidi berharap bantuan khas ini akan menjadi dorongan untuk mereka terus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN