26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penjawat Awam mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah

Penjawat Awam mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah



LABUAN: Seorang Penjawat Awam di sini mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,100.00.


Tertuduh seorang lelaki, 47 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kesnya di bacakan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Labuan, Jason Juga.


Mengikut fakta kes, tertuduh menerima sejumlah wang tunai tersebut sekitar tahun 2022 hingga 2023 menerusi tujuh transaksi bank dalam talian.


Tertuduh dibenar ikat jamin sebanyak RM10,000 dan deposit sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin tempatan.


Sementara itu, Hakim turut memerintahkan tertuduh melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terdekat dua bulan sekali serta tidak dibenar menganggu saksi saksi Pendakwaan.


Kes pendakwaan dibacakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Joe Randy Juster dan Pegawai Penyiasat kes Lingkeshwsree Surian.


Hakim turut memutuskan sebutan kes semula pada 10 Jun 2025 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk serahan dokumen dibawah Seksyen 51(A) prosedur jenayah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN