31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penjaja pasar malam dan tamu Pekan Bingkor rasa lega,dewan serbaguna siap dibina.

Robert (empat dari kanan) bersama Neldin (dua dari kiri) dan Mohd Fawzi bersama pemimpin-pemimpin masyarakat mengabadikan gambar kennagan dengan masyarakat yang hadir.

KENINGAU: Para penjaja di pasar malam dan tamu Pekan Bingkor kini merasa lega apabila dewan serbaguna di pekan itu siap dibina.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin, pembinaan kemudahan dewan serbaguna ini adalah dibawah peruntukkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, kemudahan ini sudah sekian lama dinanti-nantikan oleh masyarakat di kawasan khususnya para penjaja pasar malam dan tamu di sini.

“Dengan adanya kemudahan ini para penjaja pasar malam dan tamu tidak lagi berhujan dan berpanas semasa berniaga” katanya kepada media selepas merasmikan bangunan dewan serbaguna dan gotong-royong perdana kawasan Pekan Bingkor pada Sabtu.

Katanya, selama ini, para penjaja hanya menggunakan payung yang agak tidak begitu selesa bila berjualan di kawasan yang lapang yang tidak tersusun.

Terdahulu Robert meninjau pasar umum Pekan Bingkor bagi melihat keperluan kemudahan penjaja di pasar umum tersebut sebelum merasmikan dewan serbaguna dinamakan Dewan Tomuan Aki Tingadon orang yang pertama berniaga di tamu ini.

Robert berkata, pasar umum Pekan Bingkor akan diambil perhatian kerana ada keperluan untuk penyelanggaraan.

“Saya melihat ada keperluan untuk membina gerai-gerai tambahan untuk keselesaan para penjaja. Saya akan menyalurkan peruntukan ADUN saya bagi membiayai pembinaan gerai-gerai itu kelak” jelas Robert

Selain Tamu Pekan Bingkor , tamu Pekan Apin-Apin juga turut mendapat kemudahan dewan serbaguna untuk keggunaan masyarakat setempat di sana.

Turut hadir Pegawai Daerah Keningau Neldin Gimbang, Pegawai EKeskutif Majlis Daerah Keningau Mohd Fawzi Abdul Kadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred dan Ketua Daerah Bingkor OKK Danil Palangi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN