33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PENJAJA KECIL PERLU KREATIF PASARKAN PRODUK : AMISAH

Kenangan…Amisah bergambar kenangan dengan peserta kursus Mee Kuning.

OLEH: LIZA DIN


RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik, Datuk Amisah Yassin menyarankan para penjaja kecil untuk lebih kreatif memasarkan produk keluaran masing-masing.

Katanya, pandemik COVID-19 yang melanda dua tahun lalu banyak menjejaskan golongan peniaga mahupun golongan yang bekerja.

“Peniaga hari ini perlu tingkatkan kreativiti pemasaran terutamanya penggunaan aplikasi dalam talian mahupun melalui media sosial. 

“Selain itu, apabila COVID-19 melanda banyak transaksi tanpa tunai dijalankan, jadi saya mahu penjaja kecil juga tidak ketinggalan untuk terlibat sama. Penjaja kecil khususnya golongan wanita tempatan yang terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal perlu mendominasi bidang perniagaan khususnya secara kecil-kecilan seperti produk makanan mee kuning.

Beliau berkata demikian semasa penutupan Kursus Pembuatan Mee Kuning di Dewan Kampung  Sinarut Ranau semalam.

Menurut beliau untuk memasarkan produk di media sosial sahaja tanpa strategi yang berkesan berkemungkinan tidak mampu memberi impak seperti yang diinginkan, apatah lagi ketika hampir semua jenis perniagaan kini beralih ke platform digital.

“Apa yang sangat diperlukan usahawan ialah akses bagi mereka meningkatkan pendapatan dalam kadar segera dan akses pasaran bagi produk mereka. Walaubagaimanapun, mereka terlebih dahulu perlu diberi latihan seperti aspek pemasaran baharu dan kemahiran teknologi,” katanya.

Program tersebut merupakan anjuran PEMUKA (Persatuan Muafakat Kampung Sinarut) dengan kerjasama Srikandi Bersatu bahagian Ranau.

Seramai 20 peserta terdiri golongan wanita menyertai program dua hari tersebut. Setiap peserta kursus diberi sebuah mesin pembuat mee kuning bersama Sijil Penyertaan Kursu

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN